Ciri-Ciri Tulisan Bahasa Cina

Tulisan Cina mempunyai banyak ciri. Ciri-ciri utamanya adalah seperti berikut:
  • Kebanyakannya berbentuk empat persegi, oleh itu ia disebut sebagai tulisan empat persegi.
  • Ditulis dari atas ke bawah, dan dimulai dari muka kertas arah kanan ke kiri.
  • Tiap-tiap perkataan mempunyai rupa tersendiri, sehingga rupa huruf tersebut boleh difahami oleh orang yang bertutur loghat lain.
  • Tulisan kaligrafinya terkenal dengan gaya sendiri.
Berapa banyak huruf Cina di negara China sendiri pun sukarlah untuk dijangka. Pada tahun 1716, terbit sebuah kamus berjudul Kamus Umum Kang Xi. Kamus ini merekodkan sebanyak 49,000 huruf atau perkataan. Namun, perkataan yang direkodkan pun sebenarnya tidak banyak digunakan dalam pertuturan harian. Seorang siswazah universiti China secara pukul ratanya boleh mengenalpasti sebanyak 5,000 huruf. Orang awam pula mengenalpasti sebanyak 1,500 untuk membaca akhbar atau majalah-majalah berbahasa Cina. 

Tulisan Cina adalah tulisan-tulisan bunyian tunggal atay monosyllabic characters, tanpa suku kata. Pembentukannya rumit dan mengusutkan otak. Selepas tertubuhnya Republik China pada 1911, pemerintah China pun mencipta tanda bunyi pada huruf rumi dan melancarkan gerakan untuk meningkatkan kadar celik huruf di China. Hasilnya amat menggalakkan walaupun huruf rumi bertanda tersebut masih belum dapat mewakili sepenuhnya bunyi bahasa Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan