Proses Pembentukan Huruf Cina

象形 Xiang Xing

Tulisan bergambar atau pictogram. Tulisan ini mewakili satu kata nama atau benda. Contohnya seperti:
  • Ri matahari
  • Yue bulan
  • Shan bukit
  • San payung
指示 Zhi Shi 

Tulisan yang menjadi petunjuk atau indicator. Ini adalah tulisan-tulisan yang mewakili sesuatu konsepsi yang niskala. Ia bukan lukisan. Kita akan terus mengetahui maksudnya hanya dengan melihat bentuk tulisan ini. Contohnya seperti:
  • Yi satu
  • Er dua
  • San tiga
  • Shang atas
  • Xia bawah
會意 Hui Yi

Tulisan-tulisan kiasan atau isyarat. Tulisan ini menyatukan dua perkataan yang ertinya dapat difahami dan menjadi suatu erti yang baru. Contohnya:
  • ri matahari + yue bulan = ming terang, nyata, jelas, ketara
  • ren orang + yan pertuturan = xin kepercayaan
  • mu kayu + mu kayu + mu kayu = sen hutan
形声 Xing Sheng

Tulisan yang mewakili bunyi atau fonetik. Huruf terbentuk daripada gabungan beberapa huruf asas lain yang terdiri daripada bunyi dan makna. Contohnya:
  • ri matahari + qing hijau = qing cuaca terang, cerah
  • shui air + zhao mengumpul, memanggil, mendatangkan = zhao danau, lopak, paya